Aku di dalam bas buruk ini

aku di dalam bas buruk ini
bagaikan burung helang
tajam memerhati
ragam dan karenah
penduduk bumi ini

aku di dalam bas buruk
bagai 1001 pengajaran
yang aku dapati

walaupun dalam bas buruk
aku lebih menghargai
erti hidup di bumi ini

ragam dan karenah
penduduk alam ini
banyak pengajaran dalam
hidup

aku di dalam bas buruk
melihat seorang bapa
merenung kebingungan
pabila melihat poketnya
sambil menatap wajah suci
isteri dan anak-anaknya
yang masih tersenyum ceria
bagaikna tiada apa-apa
yang berlaku

aku di dalam bas buruk ini
melihat sepasang suami isteri
yang hijabnya ditutupi
hanya hati pengganti mata
masih mampu memimpin tangan
anak-anak kecil mereka

aku di dalam bas buruk ini
melihat seorang wanita tua
gigih bekerja didalam bas buruk ini
demi melihat masa depan anaknya
lebih baik daripada bas buruk ini

aku di dalam bas buruk ini
hanya mampu berdoa kepada Ilahi
agar mereka menemui
kebahagiaan hakiki.....

aku di dalam bas buruk ini
hanya mampu melihat sahaja
betapa lemahnya aku
hanya Allah yang tahu..
namun..
Aku jadi lebih insaf!

p/s: tetiba mood had turned on to puitis lak.. pengalaman mendewasakan aku..
sbab tu aku suka naik bas.. he3.. for those yg copy n paste tu.. minta ler
kebenaran pemiliknya dulu.. he3 but ad ker yg nk cnp??
moga terdetik keinsafan dlam diri kita... insyaAllah

Comments

Admin said…
Salam, U pernah amik UKKM kan? Blh tak kasi sikit tips kat http://smkpuchongutama1.com/kolum-happenin/ukkm-ujian-kecenderungan-kemasukan-mrsm
TQ
ye. penah...
tips??
insya'Allah... but maybe later on kot
cos.. im quite busy nowadays wif physics assgnment

Popular Posts