Skip to main content

kenapa mahu jadi doktor??


hopefully... Dr. Nur Zafirah binti Azmi incoming.. 

hehe artikel ini baru je discover tadi.. dah lame tapi aku yang lambat. hehe but this really convinced me to my choice.. choose to do med later. this drive me well .

i found it at here

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk.

“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri.

Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi. “Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita. Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan. Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu.

Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif. Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. Bukan calang-calang kerja. Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti. “Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi. Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan. Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya. Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki. Seorang ibu membuat kerja rumah kerana

NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian. Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan. NILAI DUIT Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi. Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya. Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur. Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material? jadidoktor2.jpg NILAI – HARGA –

KORBAN Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja. Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’. Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan. TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri. Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka. PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi. Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah. Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah.

Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita. jadidoktor3.jpg JIKA KERJA JADI IBADAH Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan. Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya. Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja. Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya. Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

alhamdulillah

Comments

Zafirah's Instagram

Popular posts from this blog

Sharing. Unimas. Asasi.

Assalamualaikum! 
Semoga perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada sesiapa saja. InsyaAllah. Straight to the point , Asasi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Bear in mind, UNIMAS Sarawak ok bukan sabah! Ahah! Budak2 asasi bersarang dekat kampus lama @ Kampus Timur. Kampus Barat – degree ye adek2. Asasi dekat sini. Ada dua, Asasi Sains Hayat dengan Asasi Sains Fizikal.
Ok. One by one dulu. Heee
Asasi Sains Hayat Subjek Teras : Mathematics, Biology, Chemistry, English dan IT (Lecture and tutorial cm biasa. Just biology xde tutorial bagai. Tapi kami ada OSPE dan PBL. 1ST time OSPE, the topic sal basic dalam lab, nak guna microscope cana, anatomic regions on human, bird, katak semua.. then, lecturer akan bagi markah based on kita buat.
PBL – ni la paling aku suka. Basically, PBL ni ada dalam medic je. Tapi for the sake of exposure, asasi sains hayat kat unimas sediakan. Kita will be assigned on biology group, then given a study case. Contoh kalo tajuk Immunology, ada sorang pakcik u…

MY LAUGH THERAPY

Assalamualaikum wbth :)

Duduk sembang sekali dengan umi dan adik-adik, sangatla menenangkan jiwa
and plus, laugh therapy.


"la, ni pasai apa mulut hang ni adik"
"hmmm dia ni, dok buat lompat bintang, pokkkk tangan kanan kawan dia kena"
"ha, hat tu farid la"
"ada kawan saya berak dalam kelas", adik.
"alooo...kesiannya"
"macam ni...dalam kelas semua kata ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABAWAROKATUH...pastu dia berak", adik.
aku, yah, kakcik, ummi "KWAHAHAHAHAHAHAHA"
"tu la, ada budak tu jalan2,, pok22 keluaq sesuatu dari kaki seluaq" , yah.
"you shouldn't really describe that", ummi.
aku, kakcik "WAAHAHAHAHAHAHA"
"ha, hat dok gelak tu pi smayang", abah.......
*effect bunyi cengkerik*

so guys, spends your moments and cherish it. We never know when it's will come again to enjoy those moments. Family are gifts from Allah and appreciate it. Even we will talk about berak sometimes.. hahaha

Jazakillah doe!!

Assalamualaikum wbth...

Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah. Highly praised to Allah. May all of us are always in Allah's barakah and rahmah. Officially, I already are in semester 2 of Foundation in Medical Studies. This time, having a good and meaningful relationship with A&P (anatomy and physiology) and not forgetten too, Basic Human Behaviour and Pyschology as well. 


boring gila. hek eleh...  
*betulkan spec*
Just nak habaq pasal seorang hamba Allah yang Allah bagi chance dekat aku untuk rasa kasih-sayang dia untuk Dia jugak akhirnya. Aiseh
Kepada dia yang,
mengajar aku untuk menerima semua orang tanpa sebarang buruk sangka
mendidik aku bahawa Tuhan itu Maha Pengampun dan everyone deserves it and tak dak sapa pun ada tiket untuk halang anybody from feel it,
menyemai dalam hati yang hidup ini solely untuk Dia,
yang ajaq aku untuk berterima kasih seikhlas-ikhlas kepada mereka yang berhak,
and thanks to remind me about Allah as always,
dan tak semua yang kau ajarkan,
mampu ku practise d…