THE FACTS DIGESTED | GROWING FACTS

susah untuk cerna bahawa aku akan jejak  universiti
susah untuk hadam bahawa aku bukan lagi 
budak sekolah yang selalu main nyorok-nyorok
susah untuk telan bahawa aku bukan lagi 
budak lower form yang minat gila dengan Estranged
susah untuk rasa bahawa aku bukan lagi 
budak sekolah menengah perisa Ribena
susah untuk kulum bahawa aku bukan lagi 
a girl, but a woman in steps taken more (geli aku)
susah untuk kunyah bahawa aku bukan lagi 
a girl yang gilakan BEAST (sangat tipikal)

tapi.................

senang hati bila aku bukan lagi
budak yang liat untuk solat

senang hati bila aku bukan lagi
budak yang payah berlidah Al-Quran

senang hati bila aku bukan lagi
budak yang tuli pasal aurat

senang hati bila aku bukan lagi
budak yang buta agama.....

Alhamdulillah. Highly praised to Him. Alhamdullilah, He sent me to Kubang Pasu Science School.

Comments

Popular Posts