Off 3 Syaabaan 1433H

Assalamualaikum warahmatuhallahibawarokatuh maghfiratuhwaridhwanuh...

Date : 3 Syaaban 1433H
Venue : Masjid UNIMAS, Kampus Timur

Alhamdullillah. 

Kehadiran Kak Zatil disambut dengan salam dengan penuh rasa rindu! Assalamualaikum...

Kak Zatil dengan buku2 ditangan dan sebuah mangkuk besar ditangan sebelah lagi. Yay! Tembikai. =)

Emcee dilantik. Atiqah - anak Johor yang kini mula berkata dalam loghat Kedah akibat berkawan dengan penulis! hehehe....

Atiqah : Assalamualaikum wbth dan kita mulakan majlis kita dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.

 ---------------------- sayup-sayup al-fatihah diucapkan bersama-sama. Alhamdulillah-----------------

sambung atiqah.... semua sihat? and blabla......

salah seorangnya..... "asshim..."

hehehe.hanya orang-orang itu mengetahui dan pastinya Dia!

# OFF USRAH #

GHUZWATUL FIKR...




fokus mendengar setiap kata-kata kak zatil.
lantaran, kosa kata itu amat asing bagi aku. Sungguh, ya terbit rasa kerugian tidak belajar bahasa arab.
sungguh, aku juga pernah tertembak, terbunuh dalam ghuzwatul fikr itu...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah GF

Sebenarnya GF (Ghuzwatul Fikr bukan girl friend ek!) ini telah bermula dari zaman Nabi Adam lagi. Dan ianya akan berlarutan sehinggalah ke kiamat. Agaknya makhluk mana lah yang melancarkan GF ni? Yang mana lagi kalau bukan yang sedang berada di depan, belakang, kanan dan kiri kita sekarang nih (7:17). Tak perlu tengok sebab tak nampak pun. :) GF bermula dari zaman Nabi Adam apabila Nabi Adam dan Hawa digoda oleh Iblis (hah! ni lah makhluknya) ketika mereka masih di dalam syurga sehingga menyebabkan datuk dan nenek kita diturunkan ke Bumi oleh Allah.

Dan penting juga untuk kita mengetahui bahawa Iblis ini melancarkan taktik GF mengikut peringkat.Although you are pious person. Contoh adalah kisah Basyisya yang pada awalnya merupakan abid yang alim namun akhirnya terikut dengan hasutan syaitan untuk minum arak, berzina dan akhirnya membunuh. Dan juga meninggal dalam keadaan yang menyedihkan apabila sujud pada Iblis.

Seterusnya, GF juga dapat dilihat dengan lebih jelas kesannya apabila berlakunya Perang Salib. Seorang Raja yang telah ditawan dan dipenjarakan oleh orang Islam dengan liciknya telah memerhatikan tentang kehebatan orang Islam pada masa itu. Sememangnya orang Islam pada masa itu sangat rapat dengan Al-Quran. Dia mula berfikir cara untuk menjauhkan umat Islam dengan Al-Quran kerana itu sahaja caranya untuk menjatuhkan umat Islam. Sukar untuk tukar agama orang Islam (deen=sistem) namun mereka boleh ubah cara hidup (millah). Contoh, ramai orang Islam (beragama Islam yang hanya kata nama) yang mengamalkan cara hidup orang kafir seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

Setelah Perang Salib, apabila berlakunya kebangkitan Eropah dan kejatuhan Islam, bermulalah penjajahan orang Eropah ke atas negara-negara Islam. Antaranya Malaysia tanah airku yang dulunya Tanah Melayu. Alfonso de Albuqurque datang bersama GF! Kalau girlfriend dia tak kisah la. Tapi ini Ghazwatul Fikr!

Matlamat utama Ghazwatul Fikr

Sebelum itu, perlu jugak fikir soalan ini. Siapa sebenarnya musuh Islam yang melancarkan GF ini?. Sebenarnya musuh-musuh Islam itu adalah apa-apa atau/dan sesiapa sahaja yang bercanggah dan menentang Islam. Ini termasuklah Iblis, orang Yahudi, Nasrani, Musyrik, Fasik, Munafik.

Antara matlamat musuh-musuh ini adalah untuk menjatuhkan dan memisahkan Ruh Islam dari kehidupan umat Islam. Mereka ingin melenyapkan kekuatan dan kemuliaan Islam dan umat Islam. Dan seperti yang tercetus di minda jahat Raja tadi, ini dapat dilakukan dengan menjauhkan umat Islam dari Al Quran dan Sunnah. Bagaimana? Mereka meletakkan asas-asas pemikiran Jahiliyah dengan menukar neraca pertimbangan orang Islam kepada neraca pertimbangan Jahiliyah. Tapi umat Islam dengan redhanya menerima semua ini dan merasa terbiasa dan selesa dengan Jahiliyah ini. Umat Islam jadi malu dan hilang rasa bangga dengan Islam serta ragu-ragu nak mengamal dan membela Islam. Sebagai contoh, kaum wanita Islam malu dan rasa segan hendak menuntut aurat dengan sempurna. Senario ini sama sahaja samada dalam atau luar negara Malaysia, negara Islam. Kalau kami yang belajar di negara bukan Islam ini lagi la. Sehinggakan kami pernah dibaling telur, diganggu secara dekat termasuk diludah, hanya kerana berpakaian seperti yang dituntut agama Islam (pengalaman peribadi yang sebenar). Tapi teman-teman yang berada di Malaysia, negara Islam, segan pulak hendak menutup aurat secara sempurna. Takut tak up to date. Pastu nak lagi cantik bergaya. Tapi cantik ke? Hurmm.. Fikirkan!

Terfikir jugak, kenapa musuh-musuh Islam ini bersusah payah melancarkan serangan pemikiran sehingga ke seluruh dunia?

Jawapan dari Allah menerangkan.

Al Baqarah (2): 120 (maksudnya)>>
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka"

Ya, mereka tidak akan berhenti. Jadi, apa yang perlu kita buat andai setiap saat pemikiran kita diserang?

sambung 2:120 (maksudnya):
Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Agenda musuh-musuh Islam

Analogi menarik untuk menerangkan agenda besar musuh-musuh Islam ini adalah analogi Al-Quran dan karpet. Andai senaskhah Al-Quran yang suci itu diletakkan ke atas sebidang karpet cantik yang besar, bagaimanakah untuk mendapatkan Al-Quran itu? Pijak karpet itukah? Penyelesaian yang terbaik adalah dengan menggulung karpet tersebut. Maksudnya, lakukan secara halus. Sebegitulah jugak dengan strategi musuh-musuh Islam ini. Agenda mereka agenda yang dilancarkan secara halus.

Agenda pertama melalui pendidikan.

Sejak dari tadika mengenal ABC, 123 kita belajar dengan akal bukan dengan hati. Belajar bukan dengan keimanan padaNya. Sekolah-sekolah diasingkan. Sekolah agama asing dari sekolah biasa. Sistem pendidikan juga lain. Jika melihat kembali sistem pendidikan para sahabat dahulu, mereka belajar ilmu akidah, tauhid dahulu malah lebih dari ilmu duniawi. Tapi kita?

Agenda kedua melalui media massa.

Media massa ini termsuklah TV, majalah, suratkhabar, filem, drama, iklan, kartun, novel dan juga internet (yang sedang diguna sekarang.. erk!). Agak-agaknya siapa yang tidak pernah menggunakan antara media-media ini? Bagi yang menggunakannya, berapa peratus media ini diguna untuk kebaikan dan berapa peratus yang diguna untuk manfaat? Yang mana lagi banyak? Renungkan.

Agenda ketiga adalah penerapan hedonisme, sekularime dan budaya jahiliyah.

Hedonisme adalah gaya hidup yang mementingkan keseronokan semata-mata. Contohnya adalah hiburan yang melalaikan. Ini semua gara-gara Democritus, Aristippus, Epicurus. Boleh baca di sini.Hedonisme ini menganggap apa-apa sahaja yang memuaskan nafsu dianggap baik. Tertukar nafsu dengan iman dah nih. Sekularisme pulak bermaksud urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan.

Agenda keempat adalah 5S dan 4F.

5S adalah Song, Screen, Sex, Smoke dan Sport. Manakala 4 F adalah Fun, Food, Fashion and Faith. Kalau perasan banyak jugak sebenarnya Food yang merupakan milik Yahudi. Contoh, McD, Coca-Cola, produk Nestle, Nescafe, KitKat dan lain-lain. Fun pulak sudah sememangnya sangat jelas kesan serangan GF itu. Sangat ramai remaja Islam terbuai dengan hiburan yang melampau.

Kesan Ghazwatul Fikr

Tengok sahaja pada masyarakat Islam di seluruh dunia, termsuklah negara Malaysia sendiri. Apa khabar akhlak remaja-remaja di Malaysia? Jika ada fakta terbaru mengatakan setiap 17minit ada seorang bayi luar nikah yang lahir, adakah 'sihat' akhlak mereka?

Bagaimana pula dengan pengamalan dan kefahaman Islam umat Islam sekarang? Berapa ramai yang tahu solat? Dan berapa ramai yang tahu solat itu menunaikan solat? Dan berapa ramai yang menunaikan solat itu menunaikan solat cukup 5 kali sehari? Solat sunah tak payah tanya la kot.

Siapakah pula tokoh pujaan pemuda-pemuda Islam sekarang? Rasa macam selalu jugak dengar nama-nama seperti Lady Gaga, Justin Bieber, Super Junior. Bagaimana pula dengan nama-nama seperti Muadz, kanak-kanak yang menangis hendak pergi berjihad bersama-sama Rasulullah? Mus'ab bin Umayr yang tidak cukup kain untuk menutup jenazahnya yang syahid?

Apakah pula minat dan fokus aktiviti harian pemuda Islam? Bagi yang berjaya dalam pelajaran pula, adakah hidup ini hanyalah untuk mengejar segulung ijazah, master dan PhD? Kemudian, sambung bekerja dalam bidang profesional. Sampai seru kahwin, ada rezeki dapat anak. Pastu hidup diteruskan seperti robot sampai habis 'bateri'. Pesanan buat bakal jenazah, renung dan fikirkan tujuan hidup yang sebenar.

Sayonara Jahiliyah

Jom, tinggalkan Si 'J' nih.

Sebagai Muslim, tidak cukup untuk kita hanya dengan mengaku bahawa kita beriman dengan Allah dan Rasul tapi perlu membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj Islam. 'J' perlu ditinggalkan secara keseluruhan. Dan diganti dengan Islam perlu diambil secara keseluruhan. 2:208. Pelbagai cara boleh dilakukan, antaranya:

1)Akidah yang sejahtera:
Dapat dicapai dengan berpegang pada tauhid yang dibawa Rasulullah SAW. Dari sini Muslim akan membebaskan dirinya daripada pengabdian selain Allah dalam apa jua bentuk.

2)Ibadah yang sahih:
Al-Fudhail bin Iyadh mengatakan: "Amalan sekiranya dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak betul, ia tidak diterima. (Begitu juga)sekiranya ia betul tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas, ia juga tidak diterima, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan betul"
Maksud ikhlas ialah melakukan sesuatu itu kerana Allah semata-mata dan dilakukan mengikut Sunnah.

3)Akhlak yang murni:
Mukmin perlu menghias dirinya dengan akhlak terpuji yang dibawakan oleh kitab Allah dan RasulNya. Ia tidak dapat dicapai melalui pembacaan semata-mata tetapi memerlukan kepada mujahadah dan latihan yang berterusan.

4)Manhaj hidup yang lurus:
Menjadi kewajipan untuk Muslim memilih dan hidup di atas manhaj Islam dan syariatNya sahaja. Al-An'am:153 >>
" Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu(agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa."

Jadi, jangan terus biarkan diri kita jadi mangsa GF lagi. Ummah menanti kita. Generasi masa depan menanti kita. Islam juga menanti kita. Tidak mudah kerana ini memerlukan pengorbanan.


Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Namun hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya. Umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya.


alhamdulillah.
tersedar lagi dari lena yang tidak pasti bila berakhir.
Semoga, Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadaku...
Amin.


p/s : mutabaah amal on progress. InsyaAllah


Comments

Popular posts from this blog

e-Housemen Bil 3/2020: An experience of lifetime.

calm before the storm

Dia Untukku, Reformasi Cinta [Ustazah Fatimah Syarha and Dr. Farhan hadi]