warmth


Sungguh. Aku rasa sangat kosong, fake, void, empty, fidgety, tak keruan . Aku rasa aku jauh dari tuhan, dari Allah! Tatkala hati ini menjerit-jerit meminta pertolongan  rawatan cemas tak pun menjerit untuk dimasukkan ke ER Department Hospital Umum Sarawawak dek keadaan yang sangat kronik!

Namun, I denied everything all of those soul’s shouting and screaming. Masih lagi berlagak cool, berjalan ok je ke lecture halls, lab, seminar rooms.  I denied everthing  tapi  hati aku sakit! Tambah  lagi parah bila result mid-sem aku…… ( wah.. cepat2!! Drummer kat luar sana buat drum rolls paling gempak dan mantap!)…… bad. [-_-]’

Bila hati ini tak terdaya nak bagi tazkirah kat diri sendiri, sahabatlah yang dicari! Mencari sahabat kerana they are the one who always have their shoulders to rely on, sahabat yang tak putus mengajak untuk turn back to Him! Alhamdulillah! SMS dihantar! Random question asked to them! “macam mana nak betul-betul istiqamah dalam pengislahan diri. Banyak jawapan yang aku dapat (ohhh…..yeah!) dalam bentuk ‘silence’. No hard feelings here as it aint easy to answer sort of question. Yes! Question yang mungkin sahabat-sahabat aku juga tercari-cari.

Berbalik kepada super duper ‘mantap’ result mid-sem aku, aku cari yana dengan caun. Menagih sedekah tazkirah kepada hati ini. Yana dengan cara dia, talked and advice to me.

Yana’s :

“macam bahaya result hang tu… math ok dah. Zaf, bangkit balek zaf…”

“aku pun tak bagus sangat. Tapi azam aku macam ini, dalam kelas tak tido, tido awal bangun awal. Buad latihan. Then, rajin buatnya.”

“good girl. Zaf, la ni hang pk duit mak ayah hang perabih untuk hang dan pk pasal cita-cita hang. Kalau ada benda nak cita, habaq ja. Aku boleh on skype. Sori sebab km xda kat sana”

Ayat “Sori sebab km xda kat sana” memang buat pasir berkilo masuk dalam mata aku. Sheesh….

“x pon, cuti buad la solat dhuha n hajat. Qiyam… im working on it. Mathurat pon…. Aku rasa hang buad benda2 nih. Doa setiap masa. Kan wireless”

………….doa memang wireless…. Connect directly to Allah……………………………….

Dan banyak lagi until I found my problem, the exact problem.

Caun pun cakap,

“kita manusia selalu lupa. Maybe benda ini (my result) adalah stepping stones untuk hang berjaya. Success people learns from their mistakes. Perbaiki apa yang hang rasa lack. Tension itu wajib. Learn to handle ur stress. U can do it, zaf! Believe in urself! Baek cry now daripada regret later!”

Sungguh, kawan memang suka membantu. Alhamdulillah, Highly praised to Him. Ingat balik sms that I had been texted to my friends.

“macam mana  nak betul-betul istiqamah dalam pengislahan diri”

Sodiqah cerita pasal experience dia. Dulu, dia dapat B dalam add-math. Frustrated kot, hati tak keruan katanya. Pergi surau (adelah  sekolah tu kat kampong jawa….)

 Nak berdoa, tapi tak tahu apa yang hendak diminta, 

serabut, selirat, semua ada. Menangis sungguh2 tapi tak tahu kanapa menangis. 

Dengan kuasa Allah, tangan dia mencapai Al-Quran. 

Tapi tak tahu nak baca surah apa.

 Lantas, kun faya kun, she flipped into a page (al-quran translation).

 I don’t really remember which ayah, surah but the main point of the ayah… jangan bersedih… la tahzan.

 Menangis lagi! 

Tapi nangis kali ni bersebab,

 nangis yang terharu bahawa Allah itu Maha Mengetahui,

 nangis yang melapangkan dada.

 Lepas itu, Sodiqah cakap hati dia terus lapang! 

Sungguh! Allah itu Maha Mengetahui. 

Alhamdulillah!  Bila dia tengah cerita ini, aku kait balik dengan apa yang dia cakap sebelum ini,

“ sebenarnya Allah itu dekat je bak urat dekat tengkuk kita. Tapi kita je yang lupakan Allah! Padahal Allah sangat sayangkan hambaNya!"

Mata ni cepat masuk pasir. Nasib baik ada hand towel yang aku gantung kat leher, kesat cepat-cepat (dah macam mamak roti canai Bagan Dalam je…. Stail gantung hand towel kat leher)

Sodiqah cakap, “wei, janganlah nanges…”

“isk, mana ada….” . Tipu. [-_~]’

Sodiqah nasihat lagi. Betul-betul niat kat sini (Asasi UNIMAS) sebab nak menuntut ilmu! Baru rasa seronok nak belajar. (Learn is the keyword, not study!) Kadang-kadang aku rasa tension sangat bila study dekat asasi nih, study terok2 nak kejar course medicine sampai lupa nak kejar yang sepatutnya( redha Allah) Sodiqah cakap, “ rezeki tu Allah yang pegang” . Sekarang nih, learn sebab nak menuntut ilmu, nak mencari keredhaan Allah. Sebab tu tak tension.

InsyaAllah, aku akan cuba praktikkan.

Finally, I realized. Aku rasa jauh , kosong bila aku tak jaga hubungan dengan Allah! Allah itu Maha Berkuasa! Hari tu bila syok ja dok layan youtube….tiba-tiba (language!!! Tak de nye sort of tiba-tiba, kun faya kun!) ada video nih elok je terpasang..



Manangis.(sama je macam kes sodiqah tadi)

To end my post this time, I wanna share with you guys a Surah.

Az-Zumar

39. 53-39


[53]Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[54]“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.


[55]“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.


[56]“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -


[57]“Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ‘ -


[58]“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!”


[59](Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!”

;)



Comments

Popular posts from this blog

e-Housemen Bil 3/2020: An experience of lifetime.

calm before the storm

Dia Untukku, Reformasi Cinta [Ustazah Fatimah Syarha and Dr. Farhan hadi]