tua dan muda


kerut di wajahnya seakan-akan 
menceritakan jalan panjang hidupnya
satu realiti hambaNya di tanah Dia

garis-garis yang elok berlengguk 
seakan-akan memujuk hati
untuk lupakan segala cacat cela yang pernah ada
untuk lantas lembutkan hati
untuk memaafkan

Allah..

damai hati dalam menjamah menu marhaen bersama

sambil mencuri pandang wajah berkerut seribu itu
kesal dalam hati mula menjengah
bila mana pernah wujud perasaan benci
bila mana rasa ketidakadilan 
yang salah bertandang pada mulanya

akukah yang zalim

yang gagal bersabar dan bersyukur
atau diakah yang zalim
yang mendokong autonomi dewasa
atau situasikah yang zalim
yang hilang titik graviti sabar

p/s : kita semua perlu toleransi.


Comments

Popular Posts